Batu hempedu ialah ketulan kristal kecil yang terbentuk dalam pundi hempedu, iaitu organ kecil di bawah hati. Ia menyimpan dan melepaskan cecair hempedu — sejenis cecair pencernaan yang penting untuk hadam lemak.
Namun apabila berlaku ketidakseimbangan bahan dalam hempedu, batu boleh terbentuk. Ada yang bersaiz kecil seperti pasir, dan ada juga sebesar bola guli.

Kehadiran batu ini kadang-kadang tidak disedari langsung kerana tidak mendatangkan simptom. Tapi bila batu menyekat saluran hempedu — barulah rasa sakit teramat sangat di perut kanan atas atau belakang badan, terutama selepas makan makanan berlemak.
Simptom batu hempedu boleh termasuk rasa loya, muntah, kembung, atau demam jika berlaku jangkitan. Dalam kes yang lebih serius, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti radang pankreas atau pundi hempedu.
📞 Mahu tahu rawatan tanpa pembedahan?
🟢 Klik di sini untuk berbincang secara peribadi:
👉 https://wa.me/60123852452
📍 Konsultasi boleh dilakukan secara online atau terus di klinik kami (Jerteh, Terengganu)
👉 Lihat rawatan lengkap yang kami sediakan di sini:
https://drzawawi.com/ubat-batu-karang