Dalam dunia moden hari ini, ramai antara kita menjalani gaya hidup yang serba pantas, duduk lama, makan tidak tentu masa, dan jarang bersenam. Semua ini secara tak langsung menyumbang kepada peningkatan kes buasir.
Salah satu punca utama ialah budaya duduk terlalu lama — sama ada di pejabat, dalam kereta, atau di rumah. Duduk tanpa rehat memberi tekanan berpanjangan pada saluran darah di bahagian dubur, menyebabkan ia mudah membengkak.
Malah, penggunaan telefon semasa di tandas juga menjadi tabiat biasa. Ini menyebabkan ramai duduk lebih lama daripada sepatutnya, lalu meningkatkan tekanan rektum dan akhirnya mencetuskan buasir.

Selain itu, pemakanan moden yang tinggi makanan diproses dan kurang serat juga menjadi penyumbang. Kurang minum air dan stres harian menambahkan lagi risiko sembelit dan buasir.
Buasir bukan sahaja berkait dengan faktor usia atau genetik, tetapi sangat berkait rapat dengan gaya hidup. Maka, perubahan kecil dalam rutin harian boleh beri kesan besar kepada pencegahan buasir.
📞 Klik terus untuk konsultasi awal sebelum buasir jadi lebih serius:
👉 https://wa.me/60123852452
🌐 Ketahui rawatan kami untuk buasir yang bukan hanya bagi ubat, tapi bantu ubah gaya hidup juga:
👉 https://drzawawi.com/ubat-buasir