#2: Di Mana Lokasi Sakit Batu Hempedu?

Sakit akibat batu hempedu biasanya terasa di bahagian **atas kanan perut**, tepat di bawah tulang rusuk. Rasa sakit ini boleh merebak ke bahu kanan atau ke bahagian tengah belakang, dan sering kali berlaku selepas makan makanan berlemak atau berminyak.

Ramai orang keliru antara sakit batu hempedu dan batu karang kerana lokasi sakit agak berbeza. Batu hempedu biasanya tidak menyebabkan sakit di pinggang atau bahagian bawah perut, sebaliknya tertumpu di bahagian atas.

Ada juga kes di mana pesakit hanya rasa kembung, senak atau mual berpanjangan, tanpa rasa sakit yang tajam. Ini membuatkan ramai yang tidak mengesyaki batu hempedu sebagai punca, walaupun batu sudah lama terbentuk.

Jika anda mengalami sakit selepas makan — terutamanya di bahagian atas kanan perut — elok segera buat pemeriksaan. Ujian ultrasound boleh mengesan kehadiran batu hempedu dengan jelas dan cepat.

📞 Mahu tahu jika simptom anda ada kaitan dengan batu hempedu?

🟢 Klik di sini untuk konsultasi awal secara peribadi:
👉 https://wa.me/60123852452

📍 Klinik kami beroperasi secara fizikal dan juga konsultasi online untuk seluruh Malaysia.

👉 Ketahui cara rawatan batu hempedu tanpa pembedahan:
https://drzawawi.com/ubat-batu-karang