#29 Berapa Lama Batu Karang Boleh Kekal Dalam Badan?

Batu karang boleh kekal dalam badan selama berminggu, berbulan, malah bertahun-tahun, bergantung pada saiz, lokasi, dan tindak balas tubuh pesakit.

1. Jika Batu Kecil (<5mm), Ia Mungkin Keluar Sendiri

Batu kecil berpotensi keluar melalui air kencing tanpa disedari jika aliran urin kuat dan tiada halangan.
Namun, jika pesakit tidak cukup minum air, ia boleh terperangkap lebih lama.

2. Jika Batu Besar (>5mm), Ia Boleh Tersekat

Batu yang lebih besar cenderung tersekat di ureter, menyebabkan sakit yang teruk, jangkitan, atau pembengkakan buah pinggang.
Dalam kes tertentu, batu kekal di dalam sistem urinari hingga 6 bulan atau lebih, selagi tidak dikesan atau dirawat.

3. Ada Kes Batu Karang Dikesan Selepas 10 Tahun

Terdapat pesakit yang hanya tahu mereka ada batu karang selepas lebih 5–10 tahun, kerana batu tidak bergerak dan tidak timbul simptom.
Keadaan ini berlaku jika batu duduk diam dalam buah pinggang tanpa halang aliran urin.

4. Batu Hempedu Pun Boleh Lama Dalam Badan

Batu hempedu pula boleh kekal dalam pundi hempedu bertahun-tahun tanpa gejala — sehinggalah ia menyebabkan radang atau serangan sakit perut kanan atas.
Ramai pesakit hanya tahu selepas buat imbasan.

💬 “Jangan tunggu hingga batu dah besar dan tersekat. Ada kes batu kekal lebih 5 tahun tanpa disedari.”

👉 Klik sini untuk konsultasi awal: https://wa.me/60123852452
📍 Konsultasi online atau terus ke klinik kami di Jerteh, Terengganu

📘 Baca info penuh: https://drzawawi.com/ubat-batu-karang