Ramai pesakit yang datang ke klinik kami tidak sangka mereka menghidap batu karang β walaupun tidak minum air manis atau makan pelik-pelik. Hakikatnya, batu karang boleh terjadi disebabkan kombinasi beberapa faktor, bukan satu punca sahaja.
Dengan mengetahui puncanya, anda boleh mula mencegah sebelum ia menjadi lebih serius.
Apabila air tidak cukup, air kencing menjadi pekat dan menyebabkan garam mineral mudah bergumpal menjadi kristal.
Garam berlebihan meningkatkan beban buah pinggang. Diet tinggi protein haiwan juga meningkatkan penghasilan asid urik.
Tahan kencing atau duduk terlalu lama menyebabkan air kencing bertakung dan batu lebih mudah terbentuk.
Sesetengah ubat (contoh: suplemen kalsium, ubat tahan sakit berpanjangan) jika diambil secara berterusan boleh menyebabkan batu karang.
Jika ada ahli keluarga yang pernah kena batu karang, risiko anda juga lebih tinggi.
Pesakit gout, obesiti, tekanan darah tinggi, atau diabetes juga cenderung membentuk batu karang.
Batu karang bukan semata-mata akibat gaya hidup βtak sihatβ. Ada yang:
Minum air banyak, tapi genetik kuat
Jaga makan, tapi minum suplemen berat
Masih muda, tapi gaya hidup duduk lama dalam aircond tanpa cukup hidrasi
Langkah pertama ialah kenal pasti kombinasi punca anda sendiri. Kami di Pusat Perubatan Homeopathy Hj Zawawi akan menilai simptom & latar belakang anda sebelum mencadangkan rawatan β bukan beri ubat semata-mata.
π’ Klik untuk berbincang secara peribadi melalui WhatsApp:
π https://wa.me/60123852452
π Konsultasi boleh dilakukan secara online, atau di klinik kami di Jerteh, Terengganu.
π Untuk penerangan penuh tentang pendekatan rawatan kami tanpa pembedahan:
π https://drzawawi.com/ubat-batu-karang