#35 Buasir Berdarah — Bahaya Atau Biasa?

Darah pada najis atau tisu selepas membuang air besar boleh menyebabkan panik, tapi adakah ia semestinya sesuatu yang bahaya?

Sebenarnya, pendarahan adalah antara tanda paling biasa dalam kes buasir dalaman – terutamanya jika ia berlaku tanpa rasa sakit. Darah yang keluar biasanya berwarna merah cerah, dan keluar sedikit-sedikit selepas meneran.

Namun begitu, tidak semua pendarahan adalah disebabkan buasir. Jika darah berterusan keluar, jumlahnya banyak, atau disertai rasa lemah badan – ia mungkin petanda kepada masalah yang lebih serius dan perlu diperiksa segera.

Rawatan homeopati untuk buasir berdarah akan fokus kepada dua perkara utama – hentikan pendarahan dan pulihkan salur darah yang bengkak. Ubat akan disesuaikan ikut punca dan corak darah (berketul, memancut, berterusan, dsb).

Pesakit juga akan diberi nasihat pemakanan dan pantang untuk elak sembelit, serta diminta rekod perubahan setiap hari bagi memantau keberkesanan rawatan.

📞 Perlu bantuan kenal pasti punca buasir berdarah anda?
Klik untuk konsultasi bersama kami:
👉 https://wa.me/60123852452

🌐 Ketahui rawatan kami untuk kes buasir tanpa pembedahan:
👉 https://drzawawi.com/ubat-buasir