Ramai pesakit risau bila doktor kata mereka ada batu karang di buah pinggang. Persoalan yang sering ditanya ialah: adakah batu karang boleh merosakkan buah pinggang jika dibiarkan?
Jawapannya, ya. Batu karang boleh menyebabkan halangan pada saluran kencing. Bila aliran air kencing tersekat, tekanan dalam buah pinggang akan meningkat dan lama-kelamaan boleh merosakkan tisu buah pinggang.
Jika halangan ini berterusan tanpa rawatan, risiko kegagalan buah pinggang meningkat. Inilah sebabnya pemeriksaan awal sangat penting walaupun pesakit tidak merasa sakit yang teruk.

Namun, tidak semua kes batu karang membawa kepada kerosakan kekal. Jika dikesan awal, banyak kes boleh dikawal dengan rawatan tanpa perlu pembedahan besar.
Batu hempedu pula tidak merosakkan buah pinggang kerana ia berlaku di organ berbeza. Tetapi kedua-duanya boleh beri kesakitan yang kuat, jadi penting untuk membezakan punca sebenar.
Dengan rawatan homeopati yang sesuai, pesakit boleh mengurangkan risiko komplikasi, menstabilkan fungsi buah pinggang, dan mengawal simptom lebih awal.