#4 Adakah Batu Karang Akan Kembali Lagi Selepas Rawatan? Ini Penjelasannya

Ramai yang menyangka bila batu karang dah keluar atau dirawat, masalah tu takkan datang balik. Tapi realitinya — batu karang boleh berulang semula jika puncanya tak diatasi atau gaya hidup tak diubah.

Berikut antara sebab kenapa batu karang boleh kembali:

  1. Tidak minum air mencukupi setiap hari
    Kurang air menyebabkan kepekatan mineral tinggi dalam air kencing.

  2. Masih ambil makanan tinggi oksalat & garam
    Contoh: bayam, teh, kekacang, makanan segera, minuman bikarbonat.

  3. Ada sejarah keluarga batu karang (genetik)
    Risiko lebih tinggi untuk berulang jika ahli keluarga juga pernah alami.

  4. Tidak pantau pH air kencing
    pH terlalu berasid atau terlalu alkali boleh bantu pembentukan batu baru.

  5. Kerap tahan kencing atau tak habiskan kencing
    Ini boleh menggalakkan pemendapan kristal dalam salur kencing.

  6. Tidak jalani rawatan susulan atau perubahan gaya hidup
    Selepas rawatan, ramai pesakit abaikan pantauan lanjutan.

🟩 Jangan Biarkan Ia Berulang Tanpa Anda Sedar

Ramai pesakit datang kali kedua sebab ingat dah pulih sepenuhnya. Sebenarnya, badan sedang memberi amaran awal.

👉 Jom buat semakan awal & konsultasi dengan kami.
Kami bantu anda faham risiko sebenar dan rancang rawatan/pencegahan dengan lebih selamat.

📞 Klik sini: https://wa.me/60123852452
🌐 Atau baca panduan penuh di: https://drzawawi.com/ubat-batu-karang