Ramai pesakit bertahan dengan sakit batu karang tanpa mendapatkan rawatan kerana menyangka ia akan hilang sendiri. Tetapi tahukah anda, batu karang yang tidak dirawat boleh mendatangkan pelbagai risiko serius kepada kesihatan?
Antara risiko utama ialah jangkitan kuman dalam saluran kencing, kerosakan buah pinggang akibat tekanan yang berpanjangan, serta risiko batu semakin membesar sehingga menutup aliran kencing sepenuhnya.
Bukan itu sahaja, kes batu karang yang dibiarkan juga boleh membawa kepada komplikasi berbahaya seperti jangkitan darah (sepsis) yang boleh mengancam nyawa jika tidak ditangani segera.

Ramai juga yang tersilap anggap, menyangka sakit itu datang daripada batu hempedu sedangkan sebenarnya batu karang yang semakin kronik. Sebab itu pemeriksaan awal sangat penting untuk elakkan kekeliruan dan rawatan yang salah.
Risiko ini boleh dikurangkan jika batu karang dikesan awal dan rawatan dimulakan segera. Rawatan homeopati adalah antara pilihan yang selamat dan sesuai untuk membantu mengawal simptom serta mencegah batu daripada menjadi lebih besar.
Jangan tunggu sampai gejala menjadi parah. Langkah rawatan awal boleh menyelamatkan buah pinggang anda dan mengelakkan komplikasi berbahaya.