Ramai pesakit terkejut apabila diberitahu batu karang boleh mempengaruhi tekanan darah. Persoalannya, bagaimana masalah batu dalam buah pinggang ada kaitan dengan tekanan darah tinggi?
Apabila batu karang menyebabkan halangan pada aliran air kencing, tekanan dalam buah pinggang akan meningkat. Keadaan ini boleh merosakkan fungsi buah pinggang, dan buah pinggang yang rosak akan mengganggu kawalan tekanan darah dalam badan.
Dalam jangka masa panjang, pesakit batu karang yang tidak dirawat berisiko mengalami tekanan darah tinggi kronik, sekaligus meningkatkan risiko strok dan penyakit jantung.

Namun, bukan semua kes tekanan darah tinggi berpunca daripada batu karang. Ada juga faktor lain seperti genetik, pemakanan tinggi garam, dan gaya hidup tidak sihat. Tetapi bagi pesakit batu karang, risiko ini memang wujud dan perlu diberi perhatian.
Batu hempedu tidak menyebabkan tekanan darah tinggi kerana ia melibatkan sistem penghadaman. Tetapi kesakitannya boleh meningkatkan tekanan emosi yang kadang-kadang turut mempengaruhi bacaan tekanan darah.
Mengesan dan merawat batu karang dari awal dapat membantu mencegah komplikasi tekanan darah tinggi. Rawatan homeopati pula boleh menjadi pilihan selamat untuk membantu mengawal gejala serta menyokong kesihatan buah pinggang.