Ramai orang ingat semua batu karang itu sama, tapi sebenarnya terdapat beberapa jenis utama batu karang yang terbentuk daripada bahan-bahan kimia yang berbeza di dalam air kencing.
Setiap jenis ini mungkin memerlukan pendekatan rawatan yang sedikit berbeza. Jadi, penting untuk kenal pasti jenis batu karang yang dihadapi.
Batu Kalsium Oksalat
✔ Paling biasa.
✔ Terhasil apabila kalsium bergabung dengan oksalat dalam air kencing.
✔ Boleh terjadi kerana kurang minum air, makan tinggi garam & oxalate (contoh: bayam, kekacang).
Batu Asid Urik
✔ Selalu berlaku pada individu yang banyak makan daging merah atau makanan tinggi purin.
✔ Juga biasa pada mereka yang ada masalah gout.
✔ Air kencing terlalu asidik punca utamanya.
Batu Struvite
✔ Berkaitan dengan jangkitan saluran kencing (UTI).
✔ Lebih kerap berlaku pada wanita.
✔ Boleh membesar dengan cepat.
Batu Cystine
✔ Jarang berlaku.
✔ Disebabkan oleh masalah genetik (cystinuria) — terlalu banyak cystine dalam air kencing.
✔ Boleh berlaku sejak muda.
Mengetahui jenis batu karang boleh bantu doktor atau pengamal merancang rawatan dan perubahan gaya hidup yang paling sesuai. Contohnya:
Batu asid urik → elakkan makanan tinggi purin.
Batu kalsium → kawal oxalate dan garam.
Di Pusat Perubatan Homeopathy Hj Zawawi, kami tidak beri ubat sembarangan. Kami buat penilaian berdasarkan simptom dan sejarah kes, barulah kami rancang rawatan homeopati khas ikut jenis dan punca batu.
📞 Dapatkan konsultasi awal sekarang.
🟢 Klik untuk berbincang secara peribadi:
👉 https://wa.me/60123852452
📍 Konsultasi online atau di klinik kami (Jerteh, Terengganu)