#9: Kenapa Najis Saya Ada Darah? (Buasir vs Penyakit Lain)

Darah dalam najis adalah antara perkara yang paling mengejutkan pesakit. Walaupun sering dikaitkan dengan buasir, hakikatnya punca najis berdarah boleh datang dari pelbagai masalah kesihatan lain.

Untuk buasir, biasanya darah kelihatan sebagai darah merah segar di tisu atau titisan dalam mangkuk tandas — bukan bercampur dengan najis. Ia sering berlaku selepas meneran atau buang air besar yang keras.

Namun jika darah bercampur dengan najis, najis jadi hitam pekat, atau keluar bersama lendir, ini boleh menandakan masalah pada usus seperti jangkitan, luka dalam, polip atau lebih serius — barah usus besar.

Perbezaan warna darah, corak pendarahan dan masa ianya berlaku boleh memberi petunjuk penting kepada punca sebenar. Jangan anggap semua darah itu buasir — anda mungkin tersilap dan lambat rawat masalah sebenar.

Jika anda ada najis berdarah dan tidak pasti punca, elakkan buat rawatan sendiri. Dapatkan penilaian yang betul supaya rawatan yang diberikan sesuai dan tidak memburukkan keadaan.

📞 Klik terus untuk konsultasi percuma:
👉 https://wa.me/60123852452

🌐 Ketahui pendekatan rawatan kami yang lengkap untuk masalah najis berdarah dan buasir:
👉 https://drzawawi.com/ubat-buasir