#8: Apa Bezanya Buasir Dengan Luka Dalam Dubur (Fisur Ani)?

Ramai pesakit datang mengadu buasir, tetapi selepas diperiksa, rupa-rupanya mereka mengalami fisur ani — iaitu luka kecil di bahagian hujung dubur akibat meneran atau najis keras.

Simptom fisur ani sangat mirip buasir. Antara persamaan utama ialah rasa sakit ketika membuang air besar dan darah merah segar yang kelihatan pada tisu atau mangkuk tandas.

Namun begitu, terdapat perbezaan yang ketara dari segi punca, lokasi dan rawatan. Fisur biasanya melibatkan luka halus pada kulit dubur, manakala buasir pula berkait dengan salur darah vena yang membengkak di dalam atau luar rektum.

Sakit akibat fisur ani biasanya sangat tajam seperti “luka tercucuk”, dan boleh berlarutan selepas buang air besar. Manakala sakit buasir pula lebih kepada rasa pedih, berat atau bengkak di sekeliling dubur.

Rawatan fisur dan buasir juga tidak sama. Sebab itu sangat penting untuk kenal pasti dengan tepat masalah yang anda hadapi sebelum beli atau guna sebarang ubat.

📞 Klik terus untuk konsultasi percuma:
👉 https://wa.me/60123852452

🌐 Ketahui pendekatan rawatan kami yang lengkap untuk buasir dan fisur — tanpa ubat keras, tanpa pembedahan:
👉 https://drzawawi.com/ubat-buasir