Ramai pesakit buasir tertanya-tanya sama ada keadaan mereka benar-benar sudah pulih atau hanya berkurang sementara. Mengetahui tanda pemulihan yang betul penting supaya anda tidak terlepas langkah penjagaan seterusnya.
Salah satu petanda utama buasir mula sembuh ialah tiada lagi pendarahan ketika membuang air besar. Jika sebelum ini najis bercampur darah atau ada titisan darah selepas membuang, keadaan ini biasanya akan hilang apabila tisu buasir pulih.
Selain itu, rasa sakit, perit, atau bengkak di kawasan dubur juga akan semakin berkurang, dan aktiviti harian boleh dilakukan tanpa rasa terganggu.

Buasir yang sembuh sepenuhnya juga tidak lagi menyebabkan rasa tidak selesa ketika duduk lama atau selepas melakukan aktiviti berat. Kulit di sekitar kawasan dubur kembali normal tanpa benjolan atau iritasi.
Walaupun sudah sembuh, langkah pencegahan seperti diet tinggi serat, minum air yang mencukupi, dan elakkan meneran terlalu kuat masih perlu diamalkan untuk mengelakkan ia berulang.
📞 Perlukan panduan pencegahan buasir selepas sembuh?
👉 https://wa.me/60123852452
🌐 Ketahui rawatan menyeluruh kami untuk membantu pemulihan buasir:
👉 https://drzawawi.com/ubat-buasir