Malaysia adalah negara beriklim tropika dengan cuaca panas dan lembap hampir sepanjang tahun. Ramai yang bertanya, adakah faktor iklim panas ini antara penyebab utama kenapa kes batu karang di negara kita agak tinggi?
Jawapannya: ya, iklim panas memang meningkatkan risiko batu karang. Suhu yang tinggi menyebabkan kita lebih mudah kehilangan air melalui peluh. Jika tidak diganti dengan pengambilan air yang cukup, air kencing akan menjadi lebih pekat dan memudahkan pembentukan batu.
Inilah sebabnya ramai pesakit di negara panas seperti Malaysia, Thailand dan India dilaporkan lebih berisiko mendapat batu karang berbanding negara beriklim sejuk.

Namun, ini tidak bermakna semua orang di negara panas pasti kena batu karang. Risiko hanya meningkat bila seseorang tidak cukup minum air, banyak berpeluh, dan kencing jarang atau terlalu pekat.
Langkah paling mudah untuk mengurangkan risiko ialah dengan cukupkan pengambilan air setiap hari. Air jernih yang cukup membantu mencairkan mineral dalam air kencing, sekaligus mengurangkan pembentukan batu.
Selain itu, pemakanan yang seimbang serta rawatan homeopati boleh menjadi alternatif bagi mereka yang ingin mengawal masalah batu karang sejak awal sebelum melarat.