Ramai pesakit datang ke klinik dalam keadaan panik bila diberitahu mereka ada batu karang. Tapi ramai juga masih belum faham, batu karang tu apa sebenarnya?
Di sini kami terangkan secara mudah & jelas supaya anda tahu apa yang sedang berlaku dalam tubuh anda.
Batu karang ialah ketulan keras yang terbentuk di dalam buah pinggang, salur kencing, atau pundi kencing. Ia terbentuk daripada garam mineral & bahan buangan dalam air kencing yang terkumpul dan membeku menjadi batu.
Terbentuk dari pengambilan makanan tinggi kalsium & oksalat (contoh: teh, coklat, bayam, kekacang).
Biasanya berlaku pada individu yang suka makan daging merah, organ dalaman, dan makanan laut. Berkait juga dengan penyakit gout.
Selalunya berlaku pada wanita yang kerap kena jangkitan saluran kencing (UTI). Batu jenis ini boleh membesar dengan cepat.
Agak jarang berlaku. Ia disebabkan oleh masalah genetik yang mengganggu cara tubuh mengendalikan asid amino.
โ๏ธ Sakit belakang atau pinggang (tiba-tiba & sangat kuat)
โ๏ธ Air kencing berdarah atau keruh
โ๏ธ Kerap kencing & rasa tak puas
โ๏ธ Rasa loya & muntah
โ๏ธ Sakit ketika kencing
Rawatan Biasa (Hosp/Klinik) | Rawatan Homeopati Hj Zawawi |
---|---|
Tahan sakit / pembedahan | Formula cair batu + detoks |
Kos tinggi bila masuk hospital | Rawatan ikut bajet & konsultasi |
Batu boleh berulang | Fokus cegah dari akar punca |
๐ Berminat nak tahu jenis batu anda atau mahu dapatkan rawatan?
๐ Klik sini untuk terus WhatsApp: [012-3852452](https://wa.me/60123852452)